PROMO! Pelbagai Jenama Telefon Pintar Kini Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM359 – 28 Sep Hingga 7 Okt Comments Off on PROMO! Pelbagai Jenama Telefon Pintar Kini Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM359 – 28 Sep Hingga 7 Okt

Jika anda ingin membeli atau bercadang untuk memiliki telefon pintar baharu, kini Satu Gadget Dot Com sedang mengadakan promosi jualan ‘MEGA SALE’ yang diadakan bermula hari ini (28 September) hingga 7 Oktober 2018 nanti. Sepanjang tempoh tersebut, anda boleh membeli pelbagai jenama telefon pintar pada harga murah di dua cawangan Satu Gadget iaitu Menara PGRM (Cheras) ataupun SS15 (Subang).

Apa yang menariknya, kesemua jenama telefon pintar yang dijual pada harga murah ini merupakan set original Malaysia dan ia turut menerima jaminan waranti selama satu tahun daripada pengeluar.

Sepanjang promosi itu juga, setiap pembelian Huawei Nova 3 dan juga Nova 3i akan turut menerima hadiah percuma menarik bernilai sehingga RM399. Walau bagaimanapun tawaran untuk kedua-dua model ini hanya boleh didapati di cawangan Satu Gadget yang terletak di Menara PGRM (Cheras) sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend