PRIHATIN Turut Mengumumkan Bayaran RM500 Kepada Pemandu e-Hailing Comments Off on PRIHATIN Turut Mengumumkan Bayaran RM500 Kepada Pemandu e-Hailing

PRIHATIN atau Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat sebentar tadi telah memberikan senyuman hampir kepada semua rakyat Malaysia yang mana kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM250 bilion bantuan.

Antara yang disebutkan ialah bayaran secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu e-hailing seperti Grab dan sebagainya yang terkesan akibat pelaksanaan PKP.

Peruntukan sebanyak RM60 juta ini sekaligus akan memanfaatkan seramai 120,000 pemandu e-hailing di seluruh negara. Dalam PRIHATIN yang sebelum ini, kerajaan juga telah mengumumkan bantuan yang sama kepada pemandu teksi iaitu sebanyak RM600 seorang mulai 1 April 2020.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend