Prestasi Swafoto Samsung Galaxy A71 Sedikit Lebih Baik Berbanding iPhone XS Max – DXOMARK Selfie Comments Off on Prestasi Swafoto Samsung Galaxy A71 Sedikit Lebih Baik Berbanding iPhone XS Max – DXOMARK Selfie

Samsung Galaxy A71 telahpun dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM1,799 pada awal tahun yang lalu. Hadir dengan sokongan kuad kamera beresolusi 64MP + 12MP (Ultra Wide) + 5MP (Macro) + 5MP (Depth), ia berjaya memperolehi skor sederhana sebabnyak 84 poin oleh DXOMARK.

Menariknya, baru-baru ini keupayaan kamera depan Galaxy A71 yang beresolusi 32MP pula telah diuji dalam ujian DXOMARK Selfie. Berdasarkan ujian yang dijalankan, ia berjaya mencatatkan skor sebanyak 83 poin, iaitu 1 mata lebih baik berbanding iPhone XS Max yang dijual jauh lebih mahal.

Samsung Galaxy A71 dikatakan mampu mengambil gambar swafoto dan juga video yang baik dalam kebanyakan persekitaran berbeza. Namun sokongan lensa tanpa ciri auto fokus pada peranti ini dilihat kurang setanding dengan model baharu yang dilengkapi dengan ciri tersebut.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend