Prestasi Lima Kamera Pada Nokia 9 PureView Setanding Dengan Model iPhone Tiga Tahun Lepas – DxOMark Comments Off on Prestasi Lima Kamera Pada Nokia 9 PureView Setanding Dengan Model iPhone Tiga Tahun Lepas – DxOMark 124

Tidak dinafikan lagi bahawa DxOMark seringkali dijadikan sebagai rujukan dan juga tanda aras kepada pengeluar telefon pintar dalam usaha untuk menghasilkan peranti dengan sokongan kamera berprestasi tinggi. Memandangkan kini sudah menjadi trend pengeluar untuk tampil dengan lebih daripada satu lensa kamera, adakah ia bermaksud ia mampu menjanjikan keupayaan penggambaran terbaik?!

Ternyata perkara itu mungkin boleh dipertikaikan kerana model Nokia 9 PureView yang menampilkan sehingga lima kamera telah mencatatkan skor yang agak rendah. DxOMark telah memberikan skor keseluruhan sebanyak 85 mata untuk peranti keluaran HMD Global itu, dan ia dilihat setanding dengan iPhone 7 dengan sokongan satu lensa yang diperkenalkan tiga tahun yang lalu.

Jika dilihat pada pecahan skor yang diberikan oleh DxOMark, Nokia 9 PureView hanya mencatatkan 88 mata untuk kamera statik, manakala untuk rakaman video pula ia mencatatkan hanya 80 mata sahaja.

Berdasarkan kesimpulan yang dibuat oleh DxOMark, antara penyebab yang menyebabkan skor yang rendah untuk kamera statik peranti ini adalah disebabkan oleh isu lapisan warna merah jambu pada gambar, keupayaan zum yang terhad dan juga ketidakstabilan tahap pendedahan cahaya. Manakala kelemahan rakaman video Nokia 9 PureView pula adalah dynamic range yang terhad, tahap keperincian yang agak rendah, efek judder apabila kamera digerakkan, dan juga warna yang kurang tepat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend