Pra-Tempah Siri OPPO Find X2 Dan Terima Ganjaran Eksklusif Bernilai RM1,027 – Sehingga 13 Mac Comments Off on Pra-Tempah Siri OPPO Find X2 Dan Terima Ganjaran Eksklusif Bernilai RM1,027 – Sehingga 13 Mac

OPPO Malaysia sebelum ini telahpun mengumumkan pelancaran siri OPPO Find X2 melalui penstriman langsung yang akan berlangsung pada 10 Mac 2020. Bagi anda yang berminat untuk menjadi yang terawal untuk memilikinya, pra-tempah untuk Find X2 dan Find X2 Pro 5G telahpun dibuka sehingga 13 Mac 2020 (Jumaat) nanti.

Menarikya setiap pra-tempah OPPO Find X2 dan Find X2 Pro 5G yang dibuat akan menerima hadiah promosi bernilai RM528 apabila mereka mengambil peranti di mana-mana kedai OPPO.

Hadiah promosi percuma itu terdiri daripada:

  • OPPO VOOC Powerbank
  • Satu (1) tahun jaminan waranti tambahan
  • Tiga (3) bulan waranti skrin

Sebagai tambahan, 300 pelanggan terawal yang mengambil peranti mereka di jerayawara (roadshow) di Pavilion dan OPPO Experience Stores terpilih, akan turut menerima Enco Free bernilai RM499. Sekaligus menjadikan hadiah terkumpul bernilai RM1,027 boleh diperolehi oleh pengguna untuk pra-tempah siri OPPO Find X2 di negara ini.

Bagi setiap pra-tempah yang dibuat di luar Lembah Klang, pelanggan akan turut menerima hadiah terkumpul bernilai RM1,027 (hadiah promosi + hadiah jerayawara) pada 14 dan 21 Mac.

Pelanggan hanya perlu membuat pra-tempah di OPPO Experience Stores terpilih sehingga 13 Mac ini, dan mengambil peranti di situ untuk menebus hadiah tersebut.

OPPO Find X2 (12GB + 256GB) akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Black Ceramic dan Ocean Glass. Manakala OPPO Find X2 Pro (12GB + 512GB) pula tersedia dalam warna Orange Vegan Leather dan Black Ceramic.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend