
Baru sahaja kami mendedahkan harga jualan serta tarikh ketersediaan untuk model Huawei Mate 20, Mate 20 Pro dan juga Mate 20 X di Malaysia. Nampaknya tidak lama selepas itu, Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa pra-tempah untuk produk baharu keluarannya itu untuk pasaran tempatan.
Pra-tempah Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro:

Jadi bagi memastikan anda mendapatkan nilai belian terbaik, Huawei Malaysia kini akan mula membuka sesi pra-tempah bermula 19 hingga 22 Oktober nanti. Walau bagaimanapun buat masa ini hanya dua daripada tiga model daripada siri Huawei Mate 20 boleh ditempah iaitu Mate 20 dan juga Mate 20 Pro.

Apa yang menariknya, pra-tempah untuk model Huawei Mate 20 akan turut menerima hadiah percuma berupa Huawei TalkBand B5 (untuk 50 pelanggan pertama) dan juga Huawei SoundStone. Manakala pra-tempah model Huawei Mate 20 Pro pula akan menerima hadiah Huawei TalkBand B5 (untuk 50 pelanggan pertama) dan juga Huawei Wireless Charger.

Klik untuk membuat pra-tempah:
Pra-tempah Huawei MateBook D dan MateBook X Pro:

Sama seperti siri Mate 20 dan Mate 20 Pro, pra-tempah MateBook D dan MateBook X Pro juga akan turut diadakan bermula daripada 19 Oktober hingga 22 Oktober ini. MateBook D akan dijual pada harga RM2,999, manakala MateBook X Pro pula akan dijual pada harga RM4,999.

Dengan setiap pra-tempah MateBook D, pelanggan akan menerima hadiah percuma seperti Huawei Bluetooth Mouse, Huawei Bacpack, dan juga perisian Office 365. Manakala untuk pelanggan yang membuat pra-tempah untuk MateBook X Pro pula akan menerima Huawei Bluetooth Mouse, Huawei Bacpack, perisian Office 365 dan juga sarung pelindung.

Klik untuk membuat pra-tempah: