Pra-Tempah ROG Phone II 12GB + 512GB Dibuka Secara Eksklusif Di Shopee Pada 14 Dan 15 Oktober Comments Off on Pra-Tempah ROG Phone II 12GB + 512GB Dibuka Secara Eksklusif Di Shopee Pada 14 Dan 15 Oktober 223

Bermula 14 Oktober dan 15 Oktober 2019, peminat telefon pintar gaming generasi kedua daripada ASUS iaitu ROG Phone II sudah boleh mula membuat pra-tempah model tersebut secara eksklusif di Shopee.

Ditawarkan dalam varian 12GB + 512GB, pengguna yang membuat pra-tempah ROG Phone II di platform atas talian Shopee itu perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM999. Manakala bayaran penuh boleh dibuat pada 20 Oktober dan bayaran deposit tidak akan dikembalikan.

Lebih istimewanya, setiap pra-tempah ROG Phone II di Shopee yang dibuat di Shopee pada 14 dan 15 Oktober 2019 akan turut menerima hadiah percuma berupa ROG Kunai GamePad, Aeroactive Cooler II (ada di dalam kotak) dan juga ROG Phone II Aero Case (ada di dalam kotak) secara percuma. Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh mendapatkan Shopee Coins bernilai RM200 dengan menggunakan kod promo ‘ROG2COIN’.

Bagi mendapatkan spesifikasi penuh dan juga harga jualan rasmi ROG Phone II di Malaysia, nantikan laporan daripada kami di hari pelancarannya nanti iaitu pada 16 Oktober 2019.

  • Pra-tempah ROG Phone II pada 14 dan 15 Oktober 2019 dan miliki hadiah percuma, eksklusif di Shopee

Tonton video buka kotak ROG Phone II:

Baca juga:

ROG Phone II Bakal Dilancarkan Di Malaysia Dengan Spesifikasi Lebih Berkuasa Berbanding Edisi Tencent

ASUS Malaysia Sahkan Tarikh Pelancaran Rasmi ROG Phone II Di Malaysia Pada 16 Oktober 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend