Pra-Tempah OPPO Reno Boleh Dibuat Bermula 17 Mei Dengan Tawaran Hadiah Percuma Bernilai RM437 Comments Off on Pra-Tempah OPPO Reno Boleh Dibuat Bermula 17 Mei Dengan Tawaran Hadiah Percuma Bernilai RM437 266

OPPO Malaysia sebelum ini telah mengesahkan akan melancarkan model OPPO Reno secara rasmi di Malaysia pada esok (16 Mei 2019), manakala varian tertinggi iaitu OPPO Reno 10x Zoom pula dijadualkan akan dilancarkan dalam majlis berasingan pada 27 Mei 2019 nanti.

Tarikh pelancaran OPPO Reno 10x Zoom telah disahkan oleh OPPO Malaysia.

Apa yang menariknya, OPPO Malaysia turut mengumumkan bahawa OPPO Reno sudah boleh dipra-tempah bermula 17 Mei hingga 27 Mei 2019 nanti di OPPO Concept Store dan juga melalui penjual OPPO yang sah. Anda juga boleh membuat pra-tempah secara dalam talian di laman rasmi OPPO, Lazada ataupun Shopee.

Pelanggan yang telah membuat pra-tempah OPPO Reno boleh mengambil telefon pintar itu bermula 28 Mei 2019, dan peranti yang telah dipra-tempah akan turut menerima hadiah percuma berupa Smart Battery Casing bernilai RM199, jaminan waranti perlindungan skrin dan juga satu tahun jaminan waranti tambahan bernilai RM238.

Dua warna pilihan ditawarkan iaitu Ocean Green dan Jet Black.

OPPO Reno akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 710 dengan fungsi Hyper Boost 2.0, dwi kamera 48MP + 5MP dengan Ultra Night Mode 2.0, skrin 6.4 inci, dan juga bateri 3765 mAh dengan teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 Flash Charge. Sebagaimana yang telah diumumkan, OPPO Reno akan ditawarkan dalam dua warna iaitu Ocean Green dan juga Jet Black.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend