[Kemas Kini] Pra-tempah Eksklusif Samsung Galaxy Z Flip Dibuka Hari Ini – RM5888 Comments Off on [Kemas Kini] Pra-tempah Eksklusif Samsung Galaxy Z Flip Dibuka Hari Ini – RM5888

[Dikemas kini] Samsung Malaysia telah melanjutkan kempen pra-tempah eksklusif Galaxy Z Flip dari sehari (17 Mac 2020) kepada kepada enam hari hingga 22 Mac 2020.

Kempen pra-tempah eksklusif Samsung Galaxy Z Flip telah diadakan hari ini di kedai dalam talian Samsung E-Store. Tempahan dibuka selama sehari iaitu pada hari ini, 17 Mac 2020 bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.

Galaxy Z Flip ditawarkan pada harga RM5888 dan melalui tempahan eksklusif, pelanggan akan menerima perkhidmatan perdana termasuk talian bantuan premium 24/7, sokongan perkhidmatan pengambilan/penghantaran selama 12 bulan dari tarikh pembelian, keutamaan/ekspress barisan di pusat servis, dan satu pelindung skrin yang menyertakan sekali penggantian skrin sekiranya retak.

Samsung menyatakan unit yang ditawarkan adalah terhad dan hanya tersedia buat pembeli terawal sahaja. Pelanggan juga diingatkan supaya memasukkan kod promo “ZFLIPVIP” sebelum pembayaran dibuat. Penghantaran peranti pula akan mengambil masa lima hari waktu bekerja.

Tempah Samsung Galaxy Z Flip: https://www.samsung.com/my

Baca tentang peranti:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend