Pra-Tempah ASUS ROG Phone Di Shopee Bermula 16 Oktober, Sempena ‘ASUS Super Brand Day’ Comments Off on Pra-Tempah ASUS ROG Phone Di Shopee Bermula 16 Oktober, Sempena ‘ASUS Super Brand Day’

Setelah sekian lama menanti, akhirnya ASUS Malaysia telah mengumumkan ketersediaan pra-tempah peranti gaming yang paling ditunggu-tunggu iaitu ASUS ROG Phone untuk pasaran tempatan.

Bersempena dengan kempen ‘ASUS Super Brand Day’ yang akan bermula esok (16 Oktober 2018), pengguna boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk produk keluaran ASUS. Lebih menariknya, pra-tempah ASUS ROG Phone di Shopee dengan bayaran deposit sebanyak RM999 juga akan turut dibuka.

Malah setiap pra-tempah yang dibuat, pengguna akan turut berpeluang untuk menerima hadiah misteri berdasarkan cabutan bertuah. Menurut khabar angin yang diterima, ASUS ROG Phone berkemungkinan besar akan dijual pada harga RM3499 untuk varian 128GB, manakala varian 512GB pula dijangka berharga RM3999.

Jadi bagi yang berminat untuk memiliki ASUS ROG Phone yang akan dilancarkan pada 22 Oktober nanti, anda sudah boleh membuat pra-tempah mulai esok secara eksklusif di Shopee.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend