Poster Rasmi Xiaomi Mi 10 Memperlihatkan Rekaan Skrin Melengkung Dan Kuad Kamera 108MP Comments Off on Poster Rasmi Xiaomi Mi 10 Memperlihatkan Rekaan Skrin Melengkung Dan Kuad Kamera 108MP

Setakat ini sudah banyak berita ketirisan tentang siri Mi 10 telah berjaya diperolehi. Malah ia juga telahpun dijadualkan akan dilancarkan pada 13 Februari untuk pasaran China dan 23 Februari untuk pasaran global.

Akhirnya Lei Jun selaku CEO Xiaomi hari ini telahpun memuat naik poster rasmi yang memperlihatkan rekaan sebenar Xiaomi Mi 10. Berdasarkan imej tersebut, Mi 10 hadir dengan rekaan skrin melengkung tanpa takuk.

Manakala panel belakangnya juga memiliki rekaan kerangka melengkung dengan sokongan kuad kamera dengan resolusi lensa utama mencecah sehingga 108MP.

Sebagai rujukan, Mi 10 dan Mi 10 Pro akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865, RAM LPDDR5 dengan kapasiti sehingga 12GB, kamera 108MP daripada Samsung ISOCELL Bright HMX, dan juga teknologi pengecasan pantas sehingga 66W.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend