Poster Pra-Tempah Samsung Galaxy Note 9 Mendedahkan Harga Jualan Rasminya Di Indonesia Comments Off on Poster Pra-Tempah Samsung Galaxy Note 9 Mendedahkan Harga Jualan Rasminya Di Indonesia

Selagi belum dilancarkan secara rasmi, selagi itulah ada sahaja berita ketirisan yang akan dikongsikan di Internet. Jika sebelum ini pra-tempah Samsung Galaxy Note 9 dikatakan akan mula dibuka pada 19 Ogos 2018 di India, baru-baru ini tertiris pula poster pra-tempah model tersebut untuk pasaran Indonesia.

Melalui imej poster yang tertiris, Galaxy Note 9 akan ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu 128GB yang akan dijual pada harga IDR13.5 juta (kira-kira RM3,807), manakala untuk varian 256GB pula boleh dimiliki pada harga IDR17.5 juta (kira-kira RM4,935).

Malah poster pra-tempah itu juga turut mendedahkan pilihan warna yang ditawarkan iaitu varian 128GB akan tersedia dalam warna Mystic Black, Engineered Blue dan Artisan Copper. Varian 256GB pula hanya boleh dimiliki dalam dua warna sahaja iaitu Mystic Black dan Engineered Blue.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend