Poster Pelancaran Memperlihatkan Rekaan Panel Hadapan Xiaomi Redmi 6 – Dilancarkan Pada 12 Jun 2018 Comments Off on Poster Pelancaran Memperlihatkan Rekaan Panel Hadapan Xiaomi Redmi 6 – Dilancarkan Pada 12 Jun 2018

Pada minggu lepas kami ada mendedahkan bahawa Xiaomi akan melancarkan model terbarunya iaitu Redmi 6 pada 12 Jun 2018. Jika sebelum ini poster pelancaran yang dikongsikan hanya memperlihatkan angka ‘6’ sahaja, hari ini Xiaomi sekali lagi telah berkongsi poster terbaru yang jelas memaparkan rekaan panel hadapan model tersebut.

Melalui pendedahan spesifikasi yang berjaya diperolehi dari laman TENAA, Xiaomi Redmi 6 menyokong paparan skrin IPS LCD berukuran 5.45 inci dengan resolusi HD+ (1440 x 720 piksel). Ia juga akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625, dioperasikan oleh antaramuka MIUI berasaskan Android 8.1 Oreo, bateri berkapasiti 3000 mAh, dan hadir dengan tiga varian iaitu 16GB + RAM 2GB, 32GB + RAM 3GB serta 64GB + RAM 4GB.

Jadi ikuti pendedahan lebih terperinci tentang Xiaomi Redmi 6 ini dari kami pada hari pelancarannya nanti ya…

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend