Poly Studio X30 Dan X50 Diperkenalkan: Alat Persidangan Semua-dalam-satu Comments Off on Poly Studio X30 Dan X50 Diperkenalkan: Alat Persidangan Semua-dalam-satu

Syarikat telekomunikasi global, Plantronics Inc (Poly) hari ini telah mengumumkan dua produk terbaru, Poly Studio X30 dan Poly Studio X50 iaitu bar video semua-dalam-satu ke pasaran Malaysia.

Siri Poly Studio X merupakan alat persidangan yang tidak memerlukan sambungan ke PC ataupun Mac, ianya menyokong kecerdasan buatan yang melalui teknologi yang dinamakan Poly MeetingAI.

Studio X30 dan X50 hadir dengan rupa seperti bar bunyi tetapi disatupadukan dengan kamera terbina yang menyokong rakaman berdefinisi tinggi 4K Ultra UHD. Alat ini sesuai diletakkan di ruang persidangan pejabat mahupun di rumah yang mana Studio X50 memiliki kelebihan untuk zum masuk sehingga 5x serta dilengkapi pembesar suara stereo.

Poly Studio X30 dan X50 kini ditawarkan di Malaysia, masing-masing pada harga US$2199 (~RM9555) dan US$3499 (~RM15203) seunit. Studi X50 didatangkan dengan alat kawalan khas, TC8.

Maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi www.poly.com

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend