Pocophone F2 Muncul Di GeekBench – Snapdragon 845, 6GB RAM Comments Off on Pocophone F2 Muncul Di GeekBench – Snapdragon 845, 6GB RAM

Pocophone F1 boleh dikategorikan sebagai telefon pintar paling berjaya tahun ini. Antara sebab yang menjadikan peranti ini sangat laku adalah daripada segi perkakasannya yang menggunakan cipset berprestasi tinggi, Snapdragon 845.

Hari ini muncul pula skor penanda aras Pocophone generasi ke-2 di laman GeekBench. Berdasarkan data ini, kita dapat lihat peranti Poco F2 hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dan bukannya Snapdragon 855. Memori RAM yang digunakan adalah sebesar 6GB beserta sistem operasi Android 9.0 Pie.

Skor yang direkodkan untuk single-core dan multi-core masing-masing adalah 2321 dan 7564 poin. Tiada maklumat lain setakat ini dan kita boleh menjangka Pocophone F2 bakal menerima perubahan besar daripada segi reka bentuk dan talaan perisian.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend