Pocophone F1 Terima Kemas Kini MIUI 10.3.4 Dengan Sokongan Widevine L1, Rakaman 4K 60fps dan Game Turbo Comments Off on Pocophone F1 Terima Kemas Kini MIUI 10.3.4 Dengan Sokongan Widevine L1, Rakaman 4K 60fps dan Game Turbo

Melalui perkongsian tweet yang dikongsikan oleh Pengurus Besar Poco India, pemilik Pocophone F1 kini dilaporkan sudah mula menerima kemas kini MIUI 10.3.4 versi stabil. Namun begitu ketersediaan kemas kini tersebut akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Berdasarkan log perubahan pada kemas kini dengan fail sebesar 515MB itu, terdapat pelbagai ciri-ciri baharu akan ditawarkan pada Pocophone F1 iaitu sokongan Widevine L1 untuk paparan video HD, fungsi Game Turbo yang menjanjikan prestasi permainan lebih baik, tampalan keselamatan Android bulan Mac 2019, keupayaan untuk mengunci aplikasi menggunakan Face Unlock dan banyak lagi.

Kemunculan Pocophone F1 di dalam pasaran tempatan dilihat telah berjaya mengubah persepsi terhadap telefon pintar dengan sokongan spesifikasi yang berprestasi tinggi. Ini kerana walaupun ia tampil dengan perkakasan terbaik seperti Snapdragon 845, RAM 6GB dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh, ia ditawarkan pada harga setanding peranti kelas pertengahan yang lain.

Baca juga:

Mi Store Kini Dibuka Di Sunway Pyramid, Turut Menawarkan Pocophone F1 Kevlar Edition, Mi Max 3 Dan Mi Band 3

Skor DxOMark Pocophone F1 Didedahkan – Lebih Tinggi Daripada Google Pixel

[Tips] Cara Memperbaiki Kelajuan Sambungan GPS Pada Peranti Pocophone F1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend