Pocophone F1 Rampas Kedudukan OnePlus 6 Sebagai Peranti Paling Laris Dijual Dalam Talian Di India Comments Off on Pocophone F1 Rampas Kedudukan OnePlus 6 Sebagai Peranti Paling Laris Dijual Dalam Talian Di India

OnePlus 6 sebelum ini telah berjaya dinobatkan sebagai telefon pintar paling laris jualannya dalam talian di India untuk tempoh yang agak lama. Tetapi nampaknya kedudukannya itu telah dirampas oleh Pocophone F1 yang kini menjadi pilihan kebanyakan pengguna di negara itu.

Berdasarkan tweet yang dikongsikan oleh Naib Presiden Xiaomi, Pocophone F1 telah mendominasi pasaran jualan peranti kelas pertengahan dalam talian dengan mencatatkan sebanyak 22.4%. Manakala OnePlus 6 pula telah jatuh di tangga kedua dengan memiliki 17.9% daripada jumlah peranti dalam segmen harga setara yang dijual melalui platform e-dagang di India.

Perkara ini sudah tentunya tidak mengejutkan kerana Pocophone F1 yang sememangnya terkenal dengan #BaikBeliPoco ini telah menawarkan sokongan spesifikasi yang sangat baik pada harga yang sangat kompetitif. Lebih menariknya ia juga telah dilaporkan akan menerima kemas kini Game Turbo tidak lama lagi.

Baca juga:

Pocophone F1 Bakal Terima Kemas Kini ‘Game Turbo’ Untuk Pengalaman Permainan Terbaik

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend