Pocophone F1 Mula Terima Kemas Kini Dengan Sokongan Rakaman Video 960fps Dan Mod Malam Baharu Comments Off on Pocophone F1 Mula Terima Kemas Kini Dengan Sokongan Rakaman Video 960fps Dan Mod Malam Baharu

Selepas melepasi fasa pengujian kemas kini versi beta pada Disember yang lalu, kini Pocophone F1 telah mula menerima kemas kini rasmi MIUI V10.2.2.0. Sebagaimana yang kita ketahui, versi baharu ini membawakan dua fungsi utama yang sangat dinanti-nantikan oleh pemilik Pocophone F1 iaitu keupayaan rakaman video gerak perlahan 960fps dan juga penggambaran mod malam yang telah dipertingkatkan.

Selain dua ciri-ciri utama tersebut, kemas kini MIUI V10.2.2.0 ini juga turut hadir dengan tampalan keselamatan Android bulan Disember 2018. Walau bagaimanapun, fungsi rakaman video 4K 60fps yang dijanjikan pada awal bulan yang lalu telah disahkan akan ditawarkan dalam kemas kini stabil pada bulan Februari nanti.

Dengan fail kemas kini kurang daripada 400MB, ketersediaan kemas kini untuk Pocophone F1 ini akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Baca juga:

MIUI 10 Beta Untuk Pocophone F1 Kini Tersedia Dengan Rakaman Video 960fps Dan Mod Super Low-Light

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend