Pocophone F1 Dibawa Masuk Ke Malaysia Secara Rasmi Minggu Ini Pada Harga RM1,237 Comments Off on Pocophone F1 Dibawa Masuk Ke Malaysia Secara Rasmi Minggu Ini Pada Harga RM1,237

Pocophone yang dimiliki Xiaomi hari ini memaklumkan mereka akan membawa masuk telefon pintar premium termurah mereka Pocophone F1 ke Malaysia penghujung bulan ini. Tarikh yang diberikan ialah sangat awal dan kami juga tidak menjangkakannya. Pengumuman turut diadakan di Indonesia hari ini, jadi apa yang menarik tentang peranti ini ialah ia peranti berspesifikasi tinggi yang sangat berbaloi untuk dimiliki setakat ini.

Pocophone F1 seperti yang semua sedia tahu, ia didatangkan dengan pemproses terkini Snapdragon 845, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Bagaimanapun ia dijual pada harga yang berbeza iaitu RM1,237 untuk varian asas 6GB + 64GB RAM dan RM1,428 untuk varian 6GB + 128GB storan – harga tidak termasuk cukai SST. Bermula 10 September harga akan bertukar kepada RM1,299 dan RM1,499.

Peranti ini mula dijual di kedai dalam talian Lazada 30 Ogos 2018 secara eksklusif, sementara dijual di kedai fizikal Mi Store dengan pilihan warna Graphite Black dan Steel Blue. Tiga pilihan warna yang selebihnya tidak ditawarkan setakat ini termasuk edisi istimewa Armored Edition.

Untuk menyambut kedatangan Pocophone F1 di negara ini, Xiaomi Malaysia juga mengadakan promosi istimewa di Mi Store Mid Valley pada 30 Ogos 2018. Sebanyak 200 hadiah Mi Sports Bluetooth Earphone (bernilai RM93) dan game holder akan diberikan kepada 200 pelanggan pertama.

Baca tentang: Poco F1 Diperkenalkan – Peranti Murah Berspesifikasi Tinggi Daripada Sub-Jenama Xiaomi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend