Pocophone F1 Akan Menyokong Penstriman HD, Kemas Kini Beta Bakal Diperkenalkan Sebelum Penghujung Tahun Ini Comments Off on Pocophone F1 Akan Menyokong Penstriman HD, Kemas Kini Beta Bakal Diperkenalkan Sebelum Penghujung Tahun Ini

Pocophone F1 telah berjaya menambat hati ramai pengguna di negara ini kerana ia mampu dijual pada harga yang sangat kompetitif berbanding pesaingnya yang lain di pasaran. Ini dapat dibuktikan melalui sokongan spesifikasi terbaik seperti dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 845, teknologi penyejukam cecair, bateri berkapasiti 4000 mAh dan banyak lagi.

Sungguhpun disebabkan oleh ketiadaan sokongan Widevine L1 DRM, Pocophone F1 tidak mampu menyokong kandungan penstriman HD daripada Netflix, Amazon Video, Hulu, dan juga BBC. Berikutan isu yang agak kritikal ini, Xiaomi dilaporkan sedang berusaha untuk mengatasinya melalui kerjasama dengan Qualcomm dan Google.

Malah Xiaomi juga dilaporkan untuk mula menawarkan kemas kini beta untuk mengatasi isu penstriman HD pada Pocophone F1 sebelum hujung tahun ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend