POCO X2 Diperkenalkan – Skrin 120Hz, Snapdragon 730G, 4500mAh 27W, Kuadkamera Comments Off on POCO X2 Diperkenalkan – Skrin 120Hz, Snapdragon 730G, 4500mAh 27W, Kuadkamera

Dua tahun lalu Pocophone F1 pernah menjadi telefon paling laris dijual di seluruh dunia. Namun sepanjang tahun lalu, tiada model telefon baharu diperkenalkan malah syarikat ini turut menyepi daripada arena telefon pintar.

Awal bulan ini, nama syarikat ini kedengaran semula apabila Xiaomi mengumumkan POCO sebagai jenama bebas. Hari ini POCO kembali dengan produk mereka menerusi POCO X2.

POCO X2 kini rasmi di India, menawarkan spesifikasi kelas pertengahan seperti penggunaan cipset Snapdragon 730G dengan sokongan LiquidCool untuk pengalaman permainan yang lebih baik. Ini turut dibantu dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan UFS 2.1 seluas hingga 256GB.

Memfokuskan kepada permainan mudah alih, peranti ini juga mempunyai paparan yang licin melalui paparan RealityFlow 120Hz Smooth AF berukuran 6.67-inci FHD+. Tiada pengimbas cap jari bawah skrin memandangkan pengguna boleh menyahkunci peranti menggunakan sistem biometrik konvensional di bahagian tepi kerangka.

Sebut tentang kamera, POCO X2 bukan sebuah telefon yang boleh dipandang remeh kerana ia menyedikan sistem kuadkamera belakang. Konfigurasi kameranya adalah 64MP Sony IMX686+8MP ultralebar+2MP makro+2MP kedalaman manakala kamera swafoto menggunakan lensa 20MP+2MP yang terletak pada lubang skrin. POCO turut memperkenalkan ciri rakaman yang memudahkan pengguna dinamakan, VLOG Mode disamping keupayaan merakam video 4K dan gerak perlahan 960fps.

Sistem operasi dijalankan di atas MIUI 11 berinspirasikan antaramuka POCO berasaskan Android 10. POCO X2 disempurnakan di bawah bateri berkapasiti 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 27W terus dari kotak.

Harganya pula bermula daripada INR15,999 atau RM926 mengikut tukaran mata wang semasa untuk varian asas 6GB+64GB. Sementara 6GB+128GB dan 8GB+256GB dijual pada harga INR16,999 (~RM984) dan INR19,999 (~RM1158) seunit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend