POCO X2 Dipercayai Akan Menggunakan Rekaan Sama Seperti Redmi K30, Harga Turut Tertiris Comments Off on POCO X2 Dipercayai Akan Menggunakan Rekaan Sama Seperti Redmi K30, Harga Turut Tertiris

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi di India pada 4 Februari nanti, beberapa maklumat berhubung POCO X2 sudahpun berjaya disahkan. Antaranya termasuklah kadar segar semula skrin mencecah 120Hz, kamera 64MP, dan turut dilengkapi sistem penyejukan cecair.

Menurut pendedahan eksklusif oleh portal HindustanTimes, POCO X2 dipercayai akan menampilkan rekaan yang sama seperti model Redmi K30. Perkara ini tidak mengejutkan kerana berdasarkan imej rasmi yang dikongsikan, kedudukan port USB-C, bicu audio 3.5mm dan juga speaker kedua-dua peranti ini kelihatan sama sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan, POCO X2 dengan sokongan ‘RealityFlow Display’ dalam varian 6GB + 64GB juga dikatakan akan dijual pada harga Rs.18,999, iaitu kira-kira RM1,085.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend