POCO X2 Akan Dilancarkan Pada 4 Februari Dengan Sokongan Paparan Skrin 120Hz Comments Off on POCO X2 Akan Dilancarkan Pada 4 Februari Dengan Sokongan Paparan Skrin 120Hz

Baru-baru Xiaomi India baru sahaja mengesahkan bahawa POCO telahpun menjadi jenama persendirian yang tidak lagi beroperasi sebagai sub-jenamanya. Seiring dengan pengumuman itu, POCO juga telah disahkan akan hadir dengan model keduanya di pasaran tidak lama lagi dengan kemunculan model POCO X2.

Melalui perkongsian terbaharu di Twitter, POCO X2 telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi di India pada 4 Februari 2020 ini. Apa yang menarik perhatian, POCO X2 dikatakan akan menyokong kadar segar semula skrin mencecah 120Hz.

Malah melalui imej acah dan juga laman sesawang eksklusif untuk POCO X2 juga jelas memfokuskan kepada slogan ‘Smooth AF’, dan apabila anda melayari laman sesawang https://smoothaf.co.in/ ia jelas merujuk kepada kadar segar skrin pada peranti pengguna.

Berdasarkan laman sesawang tersebut, POCO X2 dilihat akan dilengkapi dengan kamera utama 64MP daripada Sony IMX686, tersedia dengan sistem penyejukan cecair, dan juga masih mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm.

Jika benar khabar angin yang dikongsikan sebelum ini, POCO F2 dikatakan akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 730G, kombinasi memori 8GB + 256GB, dan juga bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 27W.

sumber, melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend