POCO F2 Pro Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Global Pada 12 Mei 2020 Comments Off on POCO F2 Pro Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Global Pada 12 Mei 2020

Akhirnya penantian untuk menyaksikan kehadiran generasi kedua POCO secara rasmi telahpun terjawab selepas POCO mengumumkan tarikh pelancaran global yang akan berlangsung pada 12 Mei 2020 ini.

Berdasarkan perkongsian di Internet, POCO dikatakan akan melancarkan peranti mercunya iaitu POCO F2 Pro yang merupakan model yang dijenamakan semula daripada model Redmi K30 Pro di China.

Menariknya portal 91mobiles yang sememangnya terkenal dengan ketirisan maklumat yang tepat turut mendedahkan bahawa POCO F2 Pro ini akan dilancarkan di Sepanyol, dan akan dijual pada harga sekitar EUR570 (~RM2,671) untuk varian 128GB.

Portal itu turut mendedahkan bahawa POCO F2 Pro juga akan ditawarkan dalam empat warna pilihan iaitu putih, ungu, kelabu dan juga biru, sama seperti model Redmi K30 Pro.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend