POCO F2 Pro Berharga RM2599 Kini Sudah Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Comments Off on POCO F2 Pro Berharga RM2599 Kini Sudah Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia

Baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada bulan pertengahan Mei yang lalu, kini peminat model POCO F2 Pro kini sudahpun boleh membuat pra-tempah peranti ini bermula hari ini di Lazada.

Dijual pada harga RM2599, POCO F2 Pro dengan varian 8GB RAM + 256GB ini akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu CyberGrey dan Electric Purple. Pembelian peranti ini akan turut menyokong jaminan waranti sehingga dua tahun.

POCO F2 Pro yang ditempah ini dijangka akan mula diterima bermula 29 Mei 2020 ini. Bagi yang berminat, anda boleh membuat tempahan peranti ini melalui kedai Gtronics Communication di Lazada.

Spesifikasi POCO F2 Pro:

  • MIUI for POCO
  • 5G dengan VoLTE HD
  • Qualcomm Snapdragon 865
  • Adreno 650
  • 8GB (LPDDR5) + 256GB (UFS 3.1)
  • 6.67 inci AMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel)
  • HDR10+, Corning Gorilla Glass 6
  • Kamera depan: 20MP (1080p 30fps, 720p 120fps)
  • Kamera utama: 64MP (Sony IMX686) + 13MP (Ultra Wide) + 5MP (Macro) + 2MP (Depth)
  • 4700mAh (Pengecasan pantas 30W)
  • WiFi 802.11ax (WiFi 6), Bluetooth 5.1 (Qualcomm TrueWireless Stereo Plus), NFC, IR Blaster, USB Type-C, 3.5mm audio jack, Dual-frequency GPS
  • Proximity sensor, Ambient light sensor, Accelerometer, Gyroscope, Compass, Hall effect sensor, Linear motor, Barometer, Flicker sensor

Previous Article

Send this to a friend