POCO F2 Pro Adalah Peranti Yang Sama Dengan Redmi K30 Pro Comments Off on POCO F2 Pro Adalah Peranti Yang Sama Dengan Redmi K30 Pro

Pada Mac yang lalu Redmi K30 Pro telah dilancarkan di China dan hari ini laporan terbaru mendakwa peranti itu akan dibawa ke pasaran India sebagai POCO F2.

Perkara ini telah dinafikan oleh Pengurus Besar POCO yang menyatakan POCO F2 bukan peranti yang dijenamakan semula. Namun begitu mengikut apa yang tertiris di arena web sekarang ini, kod nama ‘Imi’ yang dipakai pada POCO F2 adalah kod nama yang sama pada Redmi K30 Pro. Butiran yang diperolehi daripada laman Google Play Support itu sekaligus mengesahkan lagi penjenamaan semula peranti tersebut.

Sekiranya apa yang didakwa itu benar, POCO F2 yang bakal dilancarkan kelak akan hadir dengan dua versi sekurang-kurangnya – POCO F2 dan POCO F2 Pro.

Memandangkan POCO F2 Pro dan Redmi K30 Pro merupakan telefon yang sama, ia akan dilengkapi dengan kamera depan pop-naik dan kuadkamera belakang yang menggunakan modul berbentuk bulat. Peranti akan dikuasakan cipset Snapdragon 865 dan bateri 4700mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Paparan pula ialah 6.67-inci dengan resolusi FHD+ 2400 x 1080 piksel.

Pada Februari yang lalu, POCO X2 telah dilancarkan di India yang mana peranti ini tampil dengan reka bentuk yang sama seperti Redmi K30.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend