POCO F2 Kini Melepasi Pensijilan EEC, Dijangka Peranti Snapdragon 865 Paling Mampu Milik Comments Off on POCO F2 Kini Melepasi Pensijilan EEC, Dijangka Peranti Snapdragon 865 Paling Mampu Milik

Kemunculan peranti mercu paling mampu milik daripada jenama POCO sememangnya dinanti-nantikan. Namun begitu, sehingga kini tiada sebarang maklumat rasmi berhubung tarikh pelancarannya berjaya didedahkan.

Melalui perkongsian terbaharu, POCO F2 kini dilaporkan sudah tersenarai di laman rasmi Pensijilan EEC pada 31 Mac yang lepas. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, peranti ini tampil dengan menggunakan nombor model M2004J11G.

Menurut portal 91mobiles, POCO F2 mungkin menjadi telefon pintar dengan sokongan Snapdragon 865 paling mampu milik di pasaran. Bahkan mereka menjangkakan ia akan dijual pada harga sekitar INR26,999 iaitu kira-kira RM1,549.

Malah Pengurus Besar Jenama POCO India, sebelum ini turut mengesahkan bahawa POCO F2 akan dijual pada harga lebih INR20,000 (~RM1,148). Apa yang pasti, harga jualan POCO F2 dijangka akan sedikit lebih mahal berbanding harga POCO F1 sebelum ini yang dijual pada harga bermula INR20,999 (~RM1,205).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend