PNY Perkenal Kad MicroSD Berkapasiti 512GB Dengan Harga USD350 Comments Off on PNY Perkenal Kad MicroSD Berkapasiti 512GB Dengan Harga USD350

Pada awal tahun 2018 yang lalu, Integral pernah mengumumkan kad microSD berkapasiti 512GB yang pertama di dunia, mengatasi kad microSD keluaran SanDisk yang menyokong kapasiti 400GB. Kini satu lagi kad microSD berkapasiti 512GB telah diperkenalkan oleh PNY dengan model PNY Elite microSDXC Card CL 10.

 

Kad microSD yang diklasifikasikan dalam kategori UHS-I U1 dan V10, berupaya menyokong kepantasan membaca mencecah sehingga 90 MB/s. Dengan sokongan kapasiti yang sangat besar, kad microSD ini mampu menyimpan sehingga 100,000 gambar beresolusi 18 Megapiksel ataupun rakaman video 1080p selama 80 jam.

PNY Elite microSDXC Card CL 10 512GB ini walau bagaimanapun dijual pada harga yang agak mahal iaitu USD349.99 iaitu bersamaan dengan RM1,392.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend