PLUS Tangguh Pelaksanaan RFID Di Semua Plaza Tol Tertutup PLUS Comments Off on PLUS Tangguh Pelaksanaan RFID Di Semua Plaza Tol Tertutup PLUS

PLUS sebelum ini telah merancang mahu memperkenalkan sistem pembayaran kutipan tol menggunakan RFID di semua plaza tol sistem bertutup di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mulai 1 April 2020.

Walaubagaimanapun pengenalan RFID itu terpaksa ditunda berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, semua ujian dan kerja-kerja memasang sistem berkenaan perlu dihentikan untuk sementara waktu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan kakitangan PLUS dan pelanggan lebuhraya.

Tarikh baharu akan diumumkan PLUS selepas tamat tempoh PKP yang akan berakhir pada 31 April 2020.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend