PKPD Dilaksanakan Di Dua Lokasi Di Johor Selepas Terdapat Jumlah Kes Positif COVID-19 Yang Tinggi Comments Off on PKPD Dilaksanakan Di Dua Lokasi Di Johor Selepas Terdapat Jumlah Kes Positif COVID-19 Yang Tinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 83 kes positif jangkitan COVID-19 di Daerah Kluang, Johor. Daripada jumlah itu, sebanyak 61 kes adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di dua kawasan tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kedua-dua lokasi terlibat.

Pelaksanaan PKPD itu telah melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan yang terdiri daripada 650 keluarga. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai hari ini (27 Mac 2020) hingga 9 April 2020.

Dengan pelaksanaan perintah PKPD di dua lokasi tersebut:

  • Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
  • Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang PKPD dikuatkuasakan.
  • Semua aktiviti perniagaan dihentikan.
  • Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Pangkalan Perubatan akan dibuka di kawasan PKPD.
  • Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
  • Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

sumber: Twitter/KKMPutrajaya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend