
Dalam perutusan khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi beliau telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan ke fasa ketiga iaitu dari 15 April ke 28 April 2020.
Keputusan yang dibuat kerajaan menurut beliau adalah merujuk kepada cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang meminta negara-negara yang terkesan supaya tidak menamatkan PKP terlalu awal.
Walaupun trend kes positif COVID-19 yang dicatatkan setiap hari menunjukkan sedikit penurunan sejak beberapa hari, kerajaan perlu meneruskan PKP untuk memastikan rantaian penularan dapat diputuskan sepenuhnya.