Petron Kini Terima Bayaran Menggunakan Boost, Pengguna Berpeluang Dapatkan Pulangan Tunai Comments Off on Petron Kini Terima Bayaran Menggunakan Boost, Pengguna Berpeluang Dapatkan Pulangan Tunai

Petron Malaysia dan Boost kini telah berkolaberasi dalam menawarkan sistem pembayaran tanpa tunai kepada para pengguna. Kini, anda boleh mengisi minyak dan berbelanja di Petron seluruh negara dengan mudah menggunakan aplikasi Boost.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Boost bagi mencipta pilihan pembayaran yang lebih banyak untuk memudahkan pengguna selain menawarkan ganjaran serta promosi. Ini adalah sejajar dengan janji kami untuk mewujudkan produk dan perkhidmatan yang inovatif.

Penerimaan orang ramai terhadap eDompet kini dilihat semakin bertambah dan stesen kami telah bersedia untuk memenuhi permintaan ini.” kata Choong Kum Choy, Ketua Peruncitan dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia.

Bersempena dengan pengenalan Boost di Petron, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan pulangan tunai dan menyertai cabutan bertuah melalui kempen Spend & Win SURE ONG!

Mulai sekarang hingga 31 Januari 2020, perbelanjaan minimum RM50 membolehkan pengguna menerima pulangan tunai sebanyak RM5 (terhad kepada dua pulangan tunai setiap pengguna). Tambahan, jika anda berbelanja minimum RM40 di stesen Petron dengan kad Petron Miles dan aplikasi Boost, anda dapat menyertai peraduan cabutan bertuah.

Petron telah menyediakan hadiah dan pulangan tunai Boost berjumlah sehingga RM1,000,000 disamping 15 hadiah utama untuk pemenang bertuah membawa wang tunai RM8888 setiap seorang. Selain itu, 150 pemenang pertama akan menerima wang tunai RM888 dan 500 hadiah saguhati berupa 18,888 mata ganjaran Petron Miles turut ditawarkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend