Pesanan Video Kini Ada Di Google Duo Comments Off on Pesanan Video Kini Ada Di Google Duo

Google melengkapkan aplikasi Duo mereka dengan fungsi terbaru di mana korang boleh menghantar pesanan video berdurasi 30 saat. Fungsi yang diaktifkan ketika panggilan video dilakukan ini dilihat sebagai salah satu alternatif untuk pemanggil meninggalkan pesanan ringkas sekiranya panggilan tidak diangkat penerima. Menurut Google, pesanan video akan dipadamkan selepas 24 jam ianya ditonton penerima, namun mereka memberikan pilihan untuk pengguna menyimpan video sebelum ianya dipadamkan.

Jika korang belum pernah mencuba Duo, silakanlah ke Google Play Store untuk muat turun Duo, mana tahu melekat pulak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend