“Pesaing Telekomunikasi Kami Ketinggalan Dua Ke Tiga Tahun Di Belakang” – Pengasas Huawei Comments Off on “Pesaing Telekomunikasi Kami Ketinggalan Dua Ke Tiga Tahun Di Belakang” – Pengasas Huawei 805

Tidak dinafikan Huawei merupakan peneraju dalam bidang telekomunikasi, malah teknologi yang dibawakan telah banyak memberi manfaat kepada hampir seluruh pengguna di dunia. Menjawab kepada sekatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, Ren Zhenfei memberitahu pesaing lain kini berada jauh di belakang untuk mengejar Huawei.

Ren Zhengfei yang juga pengasas Huawei dalam temu ramahnya bersama media China memaklumkan, sekatan A.S tidak memberi sebarang impak kepada rencana jangka panjang teknologi 5G oleh Huawei. Malah pesaing telekomunikasi lain juga tidak berdaya untuk mengejar infrasturktur yang telah dibangunkan Huawei sekarang ini.

Baca juga: Kenyataan Rasmi: Huawei Akan Pastikan Setiap Telefon Pintar Sedia Ada Menerima Kemas Kini

Minggu lalu, Donald Trump telah menandatangani senarai hitam perdagangan, memasukkan Huawei yang mana menyekat sebarang perniagaan antara gergasi China ini dengan mana-mana firma di Amerika Syarikat.

Tindakan susulan turut diambil beberapa hari selepas itu apabila Google, Intel, Broadcom, Xilinx dan Qualcomm pula mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan perniagaan antara mereka dengan Huawei.

Bagaimanapun, A.S telah memberi lesen sementara kepada Huawei untuk menggunakan Android dalam tempoh kurang dari empat bulan bermula hari ini bagi memberi kemas kini dan tampalan keselamatan untuk telefon pintar sedia ada.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend