Pertandingan eSukan ‘Yoodo Stay At Home Cup’ Terbuka Untuk Semua, Menawarkan Hadiah Bernilai RM3,600 Comments Off on Pertandingan eSukan ‘Yoodo Stay At Home Cup’ Terbuka Untuk Semua, Menawarkan Hadiah Bernilai RM3,600

Yoodo Malaysia baru-baru ini telah melancarkan pertandingan eSukan ‘Yoodo Stay At Home Cup’ yang dibuka untuk semua rakyat Malaysia, hasil kerjasama di antara Yoodo dan juga ESL Gaming.

Terbahagi kepada 4 pertandingan permainan mudah alih berbeza dan dua daripada permainan yang telah diumumkan akan dipertandingkan adalah Player Unknown’s Battleground (PUBG) MOBILE dan juga Mobile Legends: Bang Bang.

Walau bagaimanapun, dua lagi judul permainan untuk pertandingan ‘Yoodo Stay At Home Cup’ akan diumumkan oleh Yoodo dalam masa terdekat ini.

PUBG MOBILE Stay At Home Cup

Pusingan kelayakan ‘PUBG MOBILE Stay At Home Cup’ akan diadakan pada 13 dan 14 Mei 2020 ini. 16 pasukan terbaik akan mara ke pusingan akhir pada 15 Mei 2020, bagi menentukan pasukan mana yang menjuarai pertandingan.

Pasukan juara akan menerima wang tunai RM500 dan juga kredit Yoodo RM200, manakala pasukan tempat kedua akan menerima kredit Yoodo RM120, dan tempat ketiga pula akan memenangi kredit Yoodo RM80.

Mobile Legends Stay At Home Cup

Pertandingan ‘Mobile Legends Stay At Home Cup’ akan diadakan selama satu hari sahaja iaitu pada 29 Mei 2020, dan akan menampilkan pertandingan berkonsepkan penyingkiran.

Peserta akan bertanding dalam 3 pusingan terbaik hingga ke Grand Final, di mana satu pasukan akan muncul sebagai pemenang. Juara akan membawa pulang hadiah 8,000 Diamonds, kredit Yoodo RM250 dan wang tunai RM500.

Pendaftaran untuk menyertai pertandingan ‘Yoodo Stay At Home Cup’ boleh dibuat melalui laman rasmi yoodo.com.my/stayathomecup/.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend