Permainan Popular ‘PewDiePie’s Tuber Simulator’ Kini Tersedia Di AppGallery Comments Off on Permainan Popular ‘PewDiePie’s Tuber Simulator’ Kini Tersedia Di AppGallery

Mencatatkan jumlah muat turun melebihi 10 juta kali di Google Play Store dan dengan pengiktirafan 4.8 daripada 5.0 bintang daripada hampir 2 juta pengguna, kini permainan popular ‘PewDiePie’s Tuber Simulator’ sudahpun boleh dimuat turun di AppGallery.

Permainan ini membolehkan anda untuk menjadi Tuber sebagaimana PewDiePie anda perlu menghasilkan kandungan video dan menaikkan jumlah pengikut dalam usaha untuk menjadi seorang Tuber paling popular. Dibangunkan oleh Outerminds, PewDiePie’s Tuber Simulator menampilkan grafik 8-bit dengan menggunakan suara sebenar PewDiePie sendiri.

Bagi anda yang memiliki peranti dengan sokongan HMS seperti HUAWEI nova 7i, siri HUAWEI P40, siri HUAWEI Mate 30 dan HONOR 9X Pro, anda kini sudah boleh memuat turunnya di AppGallery.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend