Permainan Popular Alto’s Odyssey Akan Ditawarkan Secara Percuma Untuk Peranti Android Bermula 26 Julai 2018 Comments Off on Permainan Popular Alto’s Odyssey Akan Ditawarkan Secara Percuma Untuk Peranti Android Bermula 26 Julai 2018

Permainan Alto’s Odyssey bukanlah asing lagi di kalangan penggemar permainan pada peranti iOS kerana ia telah dimuat turun lebih dari jutaan salinan sehingga kini. Malah permainan ini turut dinobatkan sebagai pemenang ‘Apple Design Award’ dan tersenarai sebagai salah satu daripada permainan premium di App Store selama lima bulan.

Jika sebelum ini Alto’s Odyssey telah diperkenalkan secara eksklusif untuk peranti iOS pada bulan Februari yang lalu, kini pembangun Snowman telah mengumumkan untuk menawarkan permainan popular ini untuk peranti Android bermula minggu depan iaitu pada 26 Julai 2018 nanti. Apa yang lebih menariknya, pemilik peranti Android boleh memuat turun permainan ini secara percuma berbanding pemilik peranti iOS yang perlu membayar RM19.90.

Walaupun boleh dimuat turun secara percuma, Alto’s Odyssey untuk peranti Android akan diselitkan dengan sokongan iklan dari pembangun untuk menjana pendapatan. Sebagai rujukan, siri permainan Alto’s Adventure yang juga boleh dimuat turun secara percuma pada tahun 2016 yang lalu telah mencatatkan jumlah muat turun mencecah 36.5 juta, dengan jumlah sesi permainan sehingga 647 bilion.

Muat turun Alto’s Odyssey:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend