Permainan ‘Call of Duty: Mobile’ Telah Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 1 Oktober 2019 Comments Off on Permainan ‘Call of Duty: Mobile’ Telah Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 1 Oktober 2019

Keterujaan peminat permainan ‘Call of Duty’ yang merupakan salah satu judul berkonsepkan ‘Battle Royale’ yang sangat popular di PC telah mula diperkatakan sejak Oktober tahun lepas lagi. Ini berikutan pengumuman yang dibuat antara Activision dan juga Tencent yang mengumumkan pembangunan permainan itu dalam versi mudah alih untuk telefon pintar.

Melalui perkongsian rasmi di Twitter, ‘Call of Duty: Mobile’ akhirnya telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi di Google Play Store dan Apple App Store bermula 1 Oktober depan. Bahkan sebelum ini pra-pendaftaran untuk permainan ini sudahpun dibuka lebih awal untuk pemilik peranti Android dan iOS melalui laman rasmi di https://www.callofduty.com/mobile.

Baca juga:

Call Of Duty: Mobile Akan Tiba Di Play Store Dan App Store Tidak Lama Lagi, Pra-Daftar Kini Dibuka

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend