Perkhidmatan E-Dompet TNG Tidak Boleh Digunakan Antara Jam 4 Pagi Hingga 6 Pagi Pada 15 Januari 2019 0 255

Sekiranya anda ada menggunakan perkhidmatan e-dompet TNG (Touch ‘n Go), terutamanya bagi tujuan tambah nilai e-dompet untuk perkhidmatan RFID, Touch ‘n Go Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa kesemua perkhidmatan untuk aplikasi e-dompet itu tidak boleh digunakan buat sementara waktu atas sebab penyelenggaraan sistem.

Berdasarkan notifikasi yang dikongsikan oleh aplikasi e-dompet TNG, pengguna tidak boleh menggunakan perkhidmatan itu bermula jam 4 pagi hingga 6 pagi pada 15 Januari 2019. Perkhidmatan ini akan beroperasi seperti biasa selepas waktu yang dinyatakan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend