Perkhidmatan Bas ‘HOHO’ Di Ipoh Akan Mula Beroperasi Mac Ini Comments Off on Perkhidmatan Bas ‘HOHO’ Di Ipoh Akan Mula Beroperasi Mac Ini

Selepas menawarkan perkhidmatannya di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, perkhidmatan bas Hop-On Hop Off (HOHO) telah dikhabarkan akan turut beroperasi di sekitar kawasan Ipoh sehingga ke destinasi tarikan pelancong iaitu Kellie Castle di Batu Gajah, sebelum Mac nanti.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkhidmatan bas dua tingkat dengan konsep bumbung terbuka itu bakal menjadi sebahagian daripada daya tarikan baharu kepada pelancong luar dan dalam negara, kerana ia akan membawa pengunjung ke lokasi menarik di sekitar bandar raya Ipoh.

Operasi perkhidmatan bas itu akan dikendalikan oleh syarikat swasta yang telah dilantik kerajaan negeri melalui pemberian insentif oleh kerajaan negeri untuk memulakan perkhidmatan tersebut. Selain itu kerajaan negeri Perak akan turut melaksanakan usaha untuk menaik taraf Ipoh Tourist Information Centre.

Melalui usaha sebegini, ia bukan sahaja mampu memberi peluang kepada pelancong untuk mengenali kawasan sekitar Ipoh, tetapi dalam masa yang sama membantu kerajaan negeri untuk menjana ekonomi melalui sektor pelancongan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend