Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ke-4 Bermula 29 April Hingga 12 Mei 2020 Comments Off on Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ke-4 Bermula 29 April Hingga 12 Mei 2020

Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang akan berakhir pada 28 Mei ini ke fasa keempat bermula 29 April hingga 12 Mei 2020.

Perdana Menteri dalam ucapannya turut mengumumkan bahawa Malaysia adalah antara negara yang terbaik di dunia dalam memerangi COVID-19 dengan jumlah kes pulih yang semakin meningkat selain kes jangkitan yang menunjukkan penurunan.

Bagaimanapun PKP juga telah mengubah norma manusia daripada menjalankan aktiviti harian seperti biasa dan sehubungan dengan itu kerajaan akan melonggarkan sedikit pelaksanaan PKP untuk sektor dan sub-sektor perniagaan untuk beroperasi dalam syarat keselamatan yang ketat.

Bagi kita semua, kekal di rumah dan amalkan kebersihan diri serta penjarakan sosial bagi menjamin keselamatan diri dan keluarga. #kitajagakita

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend