Perbezaan Huawei P20 Pro Dalam Warna Morpho Aurora Dan Twilight… Comments Off on Perbezaan Huawei P20 Pro Dalam Warna Morpho Aurora Dan Twilight…

Berikutan sambutan yang sangat positif terhadap model Huawei P20 Pro dalam warna istimewa Twilight, Huawei dilihat telah menawarkan dua lagi warna menarik iaitu Pearl White dan juga Morpho Aurora. Sebagaimana yang kita ketahui, warna istimewa Pearl White sudahpun boleh dimiliki secara rasmi di negara ini, namun buat masa ini warna Morpho Aurora masih lagi belum diketahui bila akan ditawarkan di pasaran.

Jika dilihat seimbas lalu, warna baharu Morpho Aurora dilihat hampir mirip seperti warna Twilight. Jadi bagi memudahkan anda melihat sendiri perbezaan antara kedua-dua warna ini, kami ada sediakan gambarnya seperti berikut:

Perbezaan warna baharu Morpho Aurora dan Twilight:

Huawei P20 Pro dalam warna Morpho Aurora (kiri) kini hadir dengan sentuhan warna yang lebih gelap pada bahagian bawahnya berbanding warna Twilight (kanan).
Bahagian atas Morpho Aurora (kiri) tampil dengan warna biru, berbanding warna ungu pada warna Twilight (kanan).
Jelas dapat dilihat warna pada Twilight (kiri) dan Morpho Aurora (kanan) kini tampil dengan susunan tona warna yang telah diterbalikkan.

Pra-pandang Huawei P20 Pro dalam warna baharu Morpho Aurora:

Kombinasi tona warna pada Morpho Aurora kelihatan lebih unik kerana bahagian bawahnya kelihatan lebih gelap.
Berbanding warna Twilight, warna Morpho Aurora kelihatan mirip seperti efek permukaan titanium yang telah dipanaskan.
Jika warna Twilight sebelum ini hadir dengan kerangka sisi dalam warna sedikit ungu, warna Morpho Aurora menawarkan kerangka sisi dalam warna silver.

Jadi antara warna Morpho Aurora dan Twilight, yang mana satu pada pendapat anda kelihatan lebih menarik perhatian?!

Miliki Huawei P20 Pro dalam warna baharu Pearl White dan dapatkan kad VIP dengan nilai RM999 secara percuma: https://shop.huawei.com/my/

Kredit gambar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend