
“Kedua-dua peranti ini hadir dengan paparan skrin 19:9 dengan rekaan skrin yang memiliki takuk pada bahagian atasnya. Malah kedua-duanya juga memfokuskan kepada aspek penggambaran swafoto yang memukau…”
Berdasarkan kepada kenyataan di atas, vivo V9 dan OPPO F7 sememangnya boleh dianggap pesaing paling sengit kerana kedua-duanya model ini memiliki gaya penampilan fizikal yang tidak begitu jauh berbeza. Malah sasaran penggunanya juga adalah sama iaitu bagi mereka yang mementingkan aspek swafoto yang cantik dalam segmen pasaran yang sama.
Walaupun OPPO F7 masih lagi belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, kami akan membantu pembaca di luar sana untuk membuat pilihan peranti swafoto mana satukah yang mampu memenuhi kehendak dan juga keperluan masing-masing melalui penyediaan jadual perbandingan vivo V9 dan juga OPPO F7 ini…