Peranti Xiaomi Terpilih Boleh Memasang Aplikasi Google Camera Tanpa Perlu Menjalankan Proses ‘Root’ Comments Off on Peranti Xiaomi Terpilih Boleh Memasang Aplikasi Google Camera Tanpa Perlu Menjalankan Proses ‘Root’

Bila sebut sahaja tentang keupayaan penggambaran, Google Pixel boleh dianggap antara yang terbaik kerana ia menyokong algoritma mod penggambaran yang mampu menghasilkan gambar yang berkualiti. Disebabkan oleh itu, rata-rata daripada pemilik peranti Xiaomi sanggup menjalankan proses root peranti mereka untuk memasang aplikasi Google Camera.

Apa yang menariknya, pengguna Xiaomi yang menyokong kemas kini terbaharu MIUI 10 Beta versi 8.11.8 (MIUI China ROM) yang baru sahaja dilancarkan, tidak lagi perlu menjalankan proses root untuk menggunakan aplikasi tersebut. Ini kerana kemas kini itu telah siap tersedia dengan HAL3/Camera2API bagi membolehkan aplikasi Google Camera terus dipasang seperti biasa.

Sungguhpun begitu, tidak semua fungsi yang disokong oleh Google Camera itu boleh digunakan, dan tidak mustahil sekiranya pengguna MIUI 10 Beta versi global akan turut menerima sokongan itu tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend