
Tahun 2018 telah menyaksikan trend penggunaan AI (Kecerdasan Buatan) bukan sahaja pada pemproses, tetapi juga pada keupayaan penggambaran. Sokongan AI pada kamera berupaya membantu pengguna untuk mendapatkan hasil gambar dengan mod yang bersesuaianbergantung kepada subjek atau persekitaran.

Nampaknya perkara ini juga tidak terkecuali pada peranti Sony Xperia apabila Kensuke Mashita yang merupakan Pengurus Senior Bahagian Pemasaran Teknologi Kamera Sony, telah mengesahkan bahawa peranti Sony Xperia pada masa akan datang akan turut menyokong fungsi AI pada kamera hadapannya.
“I can’t say too much, but selfie enabled AI may be on it’s way. We’re developing the next generation camera experience – it’s exciting stuff.”
Kenyataan ini telah dibuat di dalam satu sesi temu ramah oleh blog Sony Mobile dengan Kensuke Mashita, tetapi buat masa ini tiada sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu berjaya didedahkan.