Peranti Pertama 5G Boleh-Lipat Huawei Akan Dipamerkan di MWC 2019 Comments Off on Peranti Pertama 5G Boleh-Lipat Huawei Akan Dipamerkan di MWC 2019

Baru-baru ini di Forum Ekonomi Dunia (WEC), Timbalan Presiden Huawei, Hu Houkun memaklumkan syarikatnya akan mempamerkan peranti 5G pertama di MWC 2019 tidak lama lagi. Peranti yang dimaksudkan bakal tampil dengan paparan boleh-lipat yang mana akan dilancarkan secara global pada pertengahan tahun hadapan.

Menurut Presiden Pelaburan dan Pemegang Huawei Eropah Barat, Vincet Pang pengenalan peranti terbaharu tersebut bakal dilakukan di MWC 2019 dan akan memasuki pasaran pengguna menjelang suku ketiga 2019. Tambahan, ia juga akan menggunakan paparan boleh-lipat serta sokongan rangkaian 5G.

Seperti yang diketahui ramai, cipset Kirin 980 tidak didatangkan bersama modem 5, oleh itu ia mungkin akan dipadankan dengan cip Balong 5000. Bagaimanapun, pihak Huawei tidak mengulas lanjut mengenai peranti, tetapi melalui laporan rantai industri telefon pintar, Greater China, peranti tersebut akan dilengkapi paparan bersaiz 8-inci buatan BOE. Prototaip yang akan digunakan juga bakal hadir dengan rekaan kerangka berasaskan Bimetal (sejenis campuran besi) serta bateri ultra-nipis untuk tujuan mengurangkan berat tubuh.

Daripada segi harga, ia mustahil untuk dijual murah malah menurut CEO Huawei, Yu Chengdong, peranti pertama boleh-lipat Huawei akan dijual pada harga melebihi $1000(~RM4,192) seunit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend