Peranti OPPO Dengan Kamera Di Bawah Skrin Tidak Akan Dikeluarkan Secara Besar-Besaran Pada Tahun Ini Comments Off on Peranti OPPO Dengan Kamera Di Bawah Skrin Tidak Akan Dikeluarkan Secara Besar-Besaran Pada Tahun Ini

Berita mengenai kehadiran telefon pintar keluaran OPPO yang menampilkan rekaan kamera di bawah skrin telahpun didedahkan sejak awal bulan Jun yang lalu. Bahkan OPPO sendiri telah berkongsi imej acah yang berkongsi bahawa teknologi inovasi itu akan didedahkan secara rasmi pada 26 Jun nanti di dalam acara MWC 2019 yang akan berlangsung di China.

Jika dilihat pada demonstrasi peranti prototaip yang dikongsikan sebelum ini, OPPO dilihat sudahpun bersedia untuk tampil dengan telefon pintar dengan sokongan kamera di dalam skrin. Namun begitu, melalui pengumuman yang telah dibuat oleh Shen Yiren Brian selaku Naib Presiden OPPO Global melalui akaun Weibo miliknya telah mendedahkan bahawa peranti dengan rekaan kamera inovasi itu tidak boleh dikeluarkan secara besar-besaran pada tahun 2019 ini.

Menurutnya lagi, rekaan teknologi kamera di bawah skrin adalah kompleks untuk dihasilkan, dan perkara itu secara tidak langsung memustahilkan mereka untuk menghasilkannya dalam kuantiti yang banyak. Sungguhpun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada peranti komersial dengan rekaan inovasi ini akan diperkenalkan pada tahun ini ataupun tahun 2020 nanti.

Baca juga:

OPPO Memperlihatkan Prototaip Telefon Pintar Dengan Teknologi Kamera Di Bawah Skrin

OPPO Akan Mengumumkan Kehadiran Telefon Pintar Dengan Rekaan Kamera Depan Di Bawah Skrin Pada 26 Jun Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend