Peranti Misteri Vivo Dengan Qualcomm Snapdragon 845 Dan RAM 8GB Kelihatan Di Geekbench Comments Off on Peranti Misteri Vivo Dengan Qualcomm Snapdragon 845 Dan RAM 8GB Kelihatan Di Geekbench

vivo baru sahaja melancarkan tiga varian berbeza untuk siri vivo NEX yang dikategorikan sebagai telefon pintar flagship premium pada pertengahan bulan Jun yang lalu. Nampaknya vivo kini dilihat semakin aktif untuk memperkenalkan telefon pintar berprestasi tinggi apabila satu lagi model misteri keluarannya telah kelihatan di Geekbench.

Sama seperti model vivo NEX dan vivo NEX S, peranti misteri yang menggunakan nama model ‘vivo 1805’ ini turut menyokong pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dengan RAM berkapasiti 8GB. Berdasarkan screenshot yang diperolehi dari pangkalan data Geekbench itu juga, vivo 1805 ini telah disahkan akan dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo.

Buat masa ini tiada banyak maklumat yang berjaya didedahkan tentang peranti misteri terbaru dari vivo ini, tetapi ia dilihat menyokong prestasi setanding peranti Qualcomm Snapdragon 845 yang lain iaitu 2445 untuk ujian single-core dan 9121 untuk ujian multi-score.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend