Peranti Misteri OPPO Dengan Rekaan Paparan ‘Waterfall Screen’ Yang Sangat Melengkung Kini Tertiris Comments Off on Peranti Misteri OPPO Dengan Rekaan Paparan ‘Waterfall Screen’ Yang Sangat Melengkung Kini Tertiris

Penggunaan panel skrin melengkung yang agak ekstrem bukanlah sesuatu yang baru kerana HUAWEI Mate 30 Pro sebelum ini telah dilaporkan akan menggunakan rekaan tersebut. Nampaknya rekaan sebegini akan turut diperkenalkan pada telefon pintar keluaran OPPO pada masa akan datang.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Brian Shen selaku Naib Presiden OPPO melalui akaun rasmi Weibo miliknya. Dikenali sebagai ‘Waterfall Screen’, beberapa keping gambar telah dikongsikan dengan memperlihatkan rekaan skrin yang sangat melengkung pada bahagian sisi kiri dan juga kanan peranti tersebut.

Namun begitu, peranti OPPO itu masih lagi kekal misteri dan tiada sebarang maklumat lanjut didedahkan olehnya buat masa ini. Tetapi memandangkan tiada kamera depan ditemui pada panel depan peranti ini, berkemungkinan besar ia akan hadir dengan inovasi kamera depan di bawah skrin seperti yang pernah didedahkan sebelum ini.

Tonton video demo peranti OPPO dengan ‘Waterfall Screen’:

sumber

Baca juga:

Peranti OPPO Dengan Kamera Di Bawah Skrin Tidak Akan Dikeluarkan Secara Besar-Besaran Pada Tahun Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend