Peranti Misteri Dari Huawei Ini Akan Menjadi Telefon Pintar Pertama Sokong Storan 512GB Comments Off on Peranti Misteri Dari Huawei Ini Akan Menjadi Telefon Pintar Pertama Sokong Storan 512GB

Sudah menjadi trend pengeluar untuk memperkenalkan peranti flagship premium keluaran mereka dengan sokongan ruang storan yang lebih besar. Buat masa ini, telefon pintar dengan sokongan ruang storan terbesar boleh dimiliki adalah sebesar 256GB dan ini dapat dilihat melalui flagship varian paling atas seperti Samsung Galaxy S9+, iPhone X dan juga model Huawei P20 serta OnePlus 6 yang baru sahaja tertiris.

Melalui laman sesawang rasmi TENAA di China, Huawei nampaknya bakal memperkenalkan satu lagi model misteri yang hadir dengan ruang storan sebesar 512GB dengan sokongan RAM 6GB. Ini secara tidak langsung menobatkannya sebagai telefon pintar pertama di dunia dengan sokongan ruang storan terbesar setakat ini.

Sungguhpun begitu masih tidak dapat dipastikan sama ada ia merupakan varian baharu untuk Huawei P20 atau tidak. Ini kerana Huawei P20 dilihat menggunakan nama model EML-AL00, manakala peranti misteri ini pula hadir dengan nama model NEO-AL00.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend